![]() |
| ZULKIFLI menggunakan ilmunya untuk membantu orang lain. Pengamal perubatan tradisional ini turut memiliki ijazah kejuruteraan selain syarikat motivasi dan ladang kambing. |
PENGAMAL perubatan tradisional, Zulkifli Ismail yang berusia awal 40-an telah hampir 20 tahun membantu memulihkan mereka yang terkena penyakit yang disebabkan gangguan makhluk halus.
Antara penyakit tersebut ialah santau, saka, ilmu pengasih dan gila akibat gangguan jin.
Krew Jurnal berpeluang berbual dengan ‘pemburu hantu’ ini baru-baru ini.
Perbualan kami begitu rancak sementelah Zulkifli yang agak lucu berbual menggunakan loghat daerah (Parit Buntar, Perak) yang agak pekat.
Latar belakang beliau juga unik. Selain menjadi pengamal perubatan tradisional, anak bongsu daripada 12 adik-beradik ini bergelar graduan kejuruteraan mekanikal dari sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Beliau turut memiliki sebuah syarikat motivasi selain ladang ternakan kambing di Johor.
“Kita perlu menjadi bomoh yang berpendidikan dan mempunyai sumber pendapatan lain,” katanya.
Bicaranya, sejak kecil lagi, beliau gemar mempelajari ilmu perubatan tradisional.
“Minat terhadap bidang tersebut menyebabkan saya sanggup berulang-alik ke Thailand dan Indonesia.
“Sehingga hari ini sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan ke sana untuk belajar. Jika di Indonesia (Jawa Tengah), saya berguru di sebuah sekolah pondok,” ujarnya bersemangat.
Hantu raya
Namun, Zulkifli tidak menolak kaedah perubatan moden untuk memulihkan penyakit.
“Jika demam, anda perlu berjumpa dengan doktor kerana mereka lebih pakar dan ada ubat untuk memulihkannya. Perubatan tradisional lebih sebagai alternatif jika sesuatu penyakit tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.
“Lebih-lebih lagi jika penyakit itu membabitkan kehadiran makhluk halus di dalam tubuh yang menyebabkan seseorang tidak selesa dan menderita,” katanya.
Zulkifli berkata, walaupun dunia kini serba maju, masih terdapat segelintir masyarakat yang sanggup melakukan amalan syirik seperti menggunakan santau dan ilmu pengasih untuk memperoleh apa yang dihajati.
Katanya, amalan syirik itu sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu.
“Mereka melakukannya semata-mata untuk membalas dendam kerana iri hati atau ada sebab lain. Tetapi semuanya bertujuan membinasakan orang lain,” ujarnya.
Beliau ternyata tidak dapat melupakan beberapa kes yang dikendalikannya khususnya yang tidak masuk akal.
“Saya pernah mengendalikan kes seorang guru sekolah pondok di Kedah yang terseksa kerana dirasuk hantu raya selama lebih 20 tahun.
“Gangguan itu menyebabkan guru itu terpaksa berpindah keluar dari pondok tersebut selain sering meracau dan jatuh sakit,” cerita beliau.
Guru sekolah pondok bernama Hilmi (bukan nama sebenar) itu mencuba pelbagai ikhtiar daripada perubatan moden hinggalah pawang dan bomoh tetapi masih gagal sembuh. Lebih malang, isteri Hilmi meminta cerai kerana tidak tahan diganggu jin selain menjadi bahan fitnah orang sekeliling mereka.
![]() |
| GANGGUAN jin dikatakan boleh menyebabkan seseorang menjadi gila. |
Keluar lipan
“Namun, setelah dirawat dia beransur pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Semuanya kuasa Allah, saya hanya berusaha,” kata Zulkifli merendah diri.
Beliau memberitahu, kebanyakan jin yang mengganggu manusia mampu bercakap dalam pelbagai bahasa.
“Jika jin itu dari Perak, dia akan cakap bahasa daerah Perak. Jika dari Thailand akan cakap bahasa negara itu dan seterusnya,” katanya.
Zulkifli juga pernah merawat pesakit yang menghadapi masalah mental kerana gangguan sihir.
Ujarnya, kejadian itu berlaku kepada seorang lelaki di Johor. Menurut cerita Zulkifli, ada individu lain yang dengki kerana perniagaan makanan Haris (bukan nama sebenar) sangat laris.
Disebabkan sihir itu, Haris bercakap seorang diri, mudah lupa malah memakai seluar jean terbalik. Perniagaannya terus lingkup manakala keluarganya tertekan.
“Syukur akhirnya Haris pulih seperti sediakala. Makanannya disihir menyebabkan dia menghadapi gangguan mental selama hampir lima tahun,” ujar Zulkifli.
Zulkifli juga pernah berdepan dengan satu kes yang agak misteri.
Terdapat seorang pekerja swasta bernama Halim (bukan nama sebenar) yang menetap di Terengganu yang membatalkan hasratnya untuk mengahwini seorang gadis yang dikenali melalui rakannya.
“Halim tidak pernah berjumpa dengan wanita itu sebaliknya hanya melihat gambarnya.
“Dalam gambar kelihatan cantik tetapi apabila berjumpa untuk proses meminang, keadaan adalah sebaliknya.
“Halim terus membatalkan hasratnya. Mungkin kerana malu, keluarga wanita terbabit menyihir Halim sehingga menyebabkan Halim sakit di bahagian kemaluan,” katanya.
Kata Zulkifli lagi, Halim menderita selama hampir lima tahun. Tetapi selepas berubat, bahagian perutnya mengeluarkan lipan kecil yang dipercayai punca Halim sering kesakitan.
“Syukur Halim telah pulih. Tetapi pengajarannya, jangan menghina orang lain,” katanya.







BUKAN mengumpat, tetapi apa dikatakan ini benar, fahaman umum untuk memberi justifikasi terhadap perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan orang lain yang selalunya dilakukan dengan sengaja. 

Bila awan telah menjadi gelap di mana kita semua tidak kan mengetahui siang dan malam. disaat itulah timbul kekacauan di dalam hidup kita jika kita tidak mempunyai iman yang kuat. al-qur'an yang jadi panduan akan di ambil 70 suhuf yang ada di dalam kandungan nya oleh sang penguasa langit dan bumi yakni allah s,w,t.
Sekarang masih belum terlambat untuk memanfaatkan apa yang ada didalam kandungan al qur'an itu. pelajari,baca,pahami,kemudian amalkan apa yang telah di ajari oleh nya. jangan lah kita terjerumus ke dalam neraka, walaupun kita sedar akan dosa kita,kembalilah kepada allah. supaya kita di beri keampunan dan terhindar dari neraka jahanam.
gambaran neraka itu adalah api yang menyala,subhanallah bila kita terkena percikan api saja kita sudah merasai panasnya,inikan pula api yang menyala berbahan bakar emas,perak,tembaga,tulang belulang. sungguh tidak dapat di bayangkan betapa panasnya keadaan itu.
para sahabat ku semua tiada pesan2 terindah selain pesanan untuk kembali pada allah,mendapatkan cinta dan kasih sayang allah. tiada harta yang yang berjuta yang menjadi bekalan melainkan amalan untuknya. cinta agung bagi hamba dan umat nabi muhammad hanyalah mendapatkan cinta allah...salam ramadhan semoga ia akan menjadi hari2 yang terbaik buat kita semua.
JEDDAH: Lebih 5,700 orang akan ditugaskan melayani jemaah umrah di Masjidil Haram sepanjang Ramadan ini. 











kalau tak percaya sila lawati di sini; 

